Selena Gomez Beli Banglo Mewah Bernilai RM21 Juta, Bakal Berjiran Dengan Vin Diesel!


Menurut laporan Variety, penyanyi antarabangsa iaitu Selena Gomez dikhabarkan telah membeli sebuah banglo mewah milik Tom Petty bernilai RM21 juta gais. Kalau korang nak tahu rumah tu ada 6 bilik tidur dan 10 bilik air tau!


Apa yang paling menarik adalah Cik Sel bakal berjiran dengan orang terkenal seperti Vin Diesel, James Charles, Logan Paul dan Rebecca Zamolo. Banglo mewah itu sebenarnya rekaan Tom Petty bersama isterinya yang bernama Jane Benyo, mereka menetap di situ pada tahun 1989 di Encino, San Fernando Valley.

Cantik betul rumah tu terletak dekat atas bukit! Baru-baru ini, Cik Sel juga telah mengeluarkan album baharunya yang bertajuk Rare. Antara lagu popularnya ialah Lose You To Love Me, Look At Her Now, Souvenir dan Boyfriend.


Selena Gomez merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon seperti Hotel Translyvania (sebagai pelatar suara), The Dead Don't Die, Getaway, Wizaeds Of Waverly Place, Barney dan banyak lagi.

OHMEDIA: PSST! CIK SEL TENGAH SINGLE TU.

Sumber: Variety

+ Baca respon pembaca minat Selena Gomez di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media