Seramai 800 Gelandangan Akan Ditawarkan Kerja Bergaji RM1,200 - RM1,400


Satu tindakan yang bijak dari kerajaan. Ohmedia sebelum ini ada juga terfikir langkah ini memandangkan pihak kerajaan telah mencari dan mengumpulkan golongan gelandangan duduk di dalam satu tempat sepanjang tempoh PKP ini. Terfikir, apa akan jadi dengan nasib mereka selepas PKP? Takkan kita nak biarkan mereka tidur di kaki lima dan bawah jambatan semula?

Oleh itu, baru-baru ini Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan bahawa ada beberapa syarikat sudah bersetuju untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan kurang bernasib baik ini.


Telah ada beberapa syarikat sedia ambil mereka yang sesuai, sihat tubuh badan dan produktif. Ada 500 hingga 700 peluang pekerjaan termasuk operator pengeluaran di sekitar Lembah Klang. Tapisan akan dibuat mengikut kesesuaian sama ada bekerja sebagai operator dengan gaji RM1,400 beserta elaun atau pekerja am dengan gaji harian dianggarkan RM1, 200 hingga RM1, 400 di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mereka tidak akan dilepaskan untuk bergelandangan lagi. Mereka akan jalani latihan, saringan dan kesesuaian. Mereka dijangka memulakan kerja pada 1 Mei namun bergantung kepada tempoh PKP sama ada dilanjutkan atau tamat. - Katanya.

Jika langkah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, nampaknya negara akan hadapi pengurangan peratusan gelandangan terutama di kawasan bandar dan ibu negara.

Bagaimanapun, pihak kerajaan masih tetap perlu mencari jalan penyelesaian bagi mereka yang akan berhadapan dengan masalah pengangguran akibat dari pembuangan pekerja secara besar-besaran yang akan dilakukan syarikat selepas PKP ini.

OHMEDIA: BAGAIMANAPUN TAHAP KESIHATAN MENJADI MISI KITA YANG UTAMA DENGAN MEMASTIKAN WABAK PANDEMIK INI BERAKHIR.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang bersimpati dengan nasib gelandangan di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media