SPM, SVM Dan STPM Ditunda Ke Suku Pertama 2021

Foto Oleh: NST


KUALA LUMPUR, 15 April - Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) memaklumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan.

Bagi calon Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Ini termasuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun depan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi.

"Oleh itu, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kemasukan bagi program asasi, matrikulasi dan diploma dibuat antara Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah sarjana muda pada September atau Oktober tahun depan," katanya di sidang media khas hari ini.





Sumber: teganukita.net