Suzana, Penerima Pertama Skim Bisnes COVID Di Terengganu

Suzana (dua dari kanan).

Oleh : Muhammad A Rahman

KUALA NERUS, 17 April – Suzana Muhammad menjadi penerima pertama Skim 'Covid Business Recovery Micro' (CBRM) di Negeri Terengganu selepas selesai menandatangani perjanjian di Pejabat Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional di Dataran Rimba, di sini semalam.

Suzana Muhammad, merupakan seorang peniaga yang membuka kiosk runcit untuk pelancong di Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu selama 11 tahun.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain yang hadir ketika majlis menandatangani perjanjian itu berkata, CBRM merupakan salah satu usaha pihak TEKUN Nasional membantu peniaga mikro yang terkesan atas penularan wabak COVID-19.

"Skim oleh TEKUN ini diadakan bertujuan membantu pada peniaga mikro. Saya berharap peniaga mikro bagi yang layak ambil peluang atas skim ini," ujar beliau.


Turut sama hadir dalam majlis perjanjian berkenaan ialah Pengurus TEKUN Nasional Negeri Terengganu, Ghazali Husain.

Sehingga kini, sekitar 6,000 peniaga telah membuat permohonan untuk mendapatkan skim CBRM yang mempunyai 26,000 kekosongan.

Untuk rekod, di negeri Terengganu, lapan pemohon telah diluluskan permohonan setakat ini.

Sumber: teganukita.net