--> Skip to main content

Tiada Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Tempoh PKP, Tok Ram Kongsi Video Hasil Potong Rambut Sendiri!


Baru-baru ini, seorang maestro muzik tersohor dan juga suami kepada Alyah iaitu Datuk Ramli MS memuatnaik satu posting di Instagramnya, @tokram_ramlims menunjukkan hasil potong rambut sendiri. Sebelah tinggi, sebelah rendah gais!

Menurut Tok Ram, tiada kedai gunting rambut dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jadi, beliau mengambil keputusan untuk memotong rambutnya sendiri. Ohmedia tak tahu lah nak sedih sama-sama atau nak gelak sebab Tok Ram dah salah potong. Haha!

Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup, buat sendiri lah. Lepas itu salah potong. Aaaahhhh telungkupkan semua lah..hahahaha..sebelah tinggi sebelah rendah..kira art lah.

Tak apa lah, Tok Ram. Masih handsome lagi tu walaupun salah potong. Korang yang kaum lelaki ni macam mana pula? Mesti dah rimas kan sebab rambut dah panjang. Terpaksalah korang tunggu 12 hari lagi untuk tamatkan tempoh PKP. Fuh.

OHMEDIA: CUBA KORANG KONGSIKAN GAMBAR KEADAAN RAMBUT KORANG DEKAT RUANGAN KOMEN.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca mudah terhibur di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 02 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...