Tips Untuk Hilangkan Rasa Sakit Di Leher


Ramai di antara kita yang selalu mengalami sakit leher selepas bangun dari tidur. Hal ini disebabkan cara posisi tidur yang salah. Selain itu, boleh menyebabkan kita rasa sukar untuk menoleh akibat kesakitan tersebut. Ohmedia nak kongsi dekat korang beberapa tips untuk hilangkan rasa sakit di leher.


1. Rehatkan Leher

Pastikan leher berehat selepas korang selesai bekerja atau melalukan apa- apa aktiviti. Baringkan badan dalam keadaan yang selesa dan menggunakan bantal yang baik untuk pastikan leher dan kepala berada di posisi yang betul.


2. Memicit Leher

Jika korang bangun tidur dan menyedari rasa sakit di leher, korang boleh mengurangkan rasa sakit tersebut dengan memicit leher secara lembut di tempat yang sakit dan berhenti apabila rasa sakitnya bertambah.


3. Bantal

Bantal juga memainkan peranan penting untuk memulihkan rasa sakit di leher. Apabila korang tidur, bantal akan menjaga kepala dalam posisi yang tepat. Pastikan korang menggunakan bantal yang tidak terlalu nipis dan tebal untuk memberi keselesaan ketika tidur.



4. Tilam

Tilam atau tempat tidur yang baik akan membantu leher dan tulang belakang berada posisi yang betul. Antara penyebab leher menjadi sakit adalah tilam yang sudah terlalu lama dan tidak memberikan sokongan kepada leher dan tulang belakang.

OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG YANG KERAP SAKIT LEHER SELEPAS BANGUN DARI TIDUR

+ Baca respon pembaca tips untuk hilangkan sakit di leher di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media