Pasti terdapat segelintir antara kita mempunyai tapak tangan yang kasar. Hal ini disebabkan kerja yang korang lakukan pada setiap hari seperti membasuh pinggan kerana sabun yang digunakan mempunyai bahan kimia yang boleh membuatkan tangan menjadi kasar. Namun ada sesetengah orang berpendapat bahawa tangan kasar merupakan tanda jika seseorang itu rajin.
Walaubagaimanapun, terdapat tips dan cara untuk melembutkan tapak tangan antaranya menggunakan minyak zaitun kerana ia mampu untuk melembapkan kulit serta menghaluskan tapak tangan. Caranya letak minyak zaitun pada tapak tangan dan gosok selama 10 minit. Pastikan korang basuh tangan tanpa menggunakan sabun supaya sisa minyak zaitun kekal di tangan.
Akhir sekali korang boleh menggunakan limau nipis untuk kembali melembutkan tangan yang kasar. Caranya potong limau nipis kepada 2 bahagian dan gosok pada tapak tangan sehingga kering. Kemudian basuh tangan dengan air bersih. Elakkan buat ketika tangan sedang mengalami luka kerana air perahan limau akan menyebabkan luka tersebut menjadi pedih.
OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MELEMBUTKAN SEMULA TAPAK TANGAN YANG KASAR
+ Baca respon pembaca tips unik melembutkan tapak tangan yang kasar di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media