UniSZA Sedia Klinik 'Online' Percuma



KUALA TERENGGANU, 9 April - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah tersendiri bagi mengekang penularan  wabak COVID-19 apabila mewujudkan rundingan kesihatan secara 'online' untuk semua rakyat Terengganu.

Usaha berkenaan dilaksanakan bagi mengelakkan orang ramai hadir ke klinik dan hospital yang boleh mendedahkan mereka dengan virus berkenaan.

Menerusi aplikasi web TanyaDoktor.com, masyarakat negeri ini boleh mendapatkan nasihat kesihatan daripada doktor-doktor pakar perubatan UniSZA.

Namun, buat masa ini perkhidmatan percuma itu hanya dibuka kepada penduduk Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sahaja.

TanyaDoktor.Com beroperasi pada setiap hari Ahad hingga Khamis bermula jam 9 pagi dan berakhir pukul 4 petang.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai khidmat kesihataan secara atas talian tersebut, boleh layari https://tanyadoktor.com.



Sumber: teganukita.net