(Video) Ahli keluarga belasah staff hospital kerana dihalang melihat pesakit yang mati akibat Covid-19


Ahli keluarga kepada mangsa Covid-19 yang meninggal dunia bertindak membelasah kakitangan hospital di Bandar Mexico, selepas berang tidak dibenarkan melihat mayat mangsa.

Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu di mana pesakit yang tidak didedahkan namanya itu meninggal dunia kerana jangkitan virus berbahaya tersebut sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu. 

Kakitangan di Hospital Umum San Pedro Xalpa Zone 48 turut merakam video kejadian itu di mana ahli keluarga kepada mangsa memukul kakitangan perubatan termasuk jururawat, Daniel Zamorano. 

Dalam video tersebut, kedengaran salah seorang ahli keluarga mangsa menjerit, "Bagi saya masuk!" tetapi dihalang oleh kakitangan hospital. 

Zamorano memuat naik gambar kecederaan dirinya di Facebook, akibat dari kejadian yang tidak dijangka itu. 

"Hari ini, empat lelaki dan dua wanita memukul saya kerana ahli keluarga mereka meninggal dunia akibat Covid-19," tulis Zamorano. 

"Mereka tak dapat berjumpa dengan mangsa sejak Isnin lalu kerana pesakit diasingkan dan perlu mematuhi protokol yang telah ditetapkan. Dia (mangsa Covid-19) tidak boleh diserahkan kepada waris, dia perlu dikebumikan.

"Dia bukannya seperti mayat yang lain," tulisnya. 

Bagaimanapun, Jumaat lalu Zamorano memohon maaf di atas perkongsian video tersebut dan berkata, insiden itu sebagai contoh betapa tertekannya mereka yang terkesan dari wabak tersebut sehingga menyebabkan 296 mangsa meninggal di Mexico. 


Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my