(Video) Pelakon The Flash Cekik Seorang Wanita Di Luar Bar!


Baru-baru ini, sepotong video tular di media sosial mengenai aksi lelaki yang dipercayai pelakon dari filem The Flash yang bernama Ezra Miller telah mencekik seorang wanita di luar sebuah bar yang terletak di Reykjavik, Iceland pada dua hari yang lalu.


Menurut seorang pengguna, @SC0RSESE di Twitter, kejadian ini berlaku disebabkan wanita itu pada asalnya hanya mahu bergurau untuk bergaduh tetapi terjadi disebaliknya. Tindakan Miller yang berusia 27 tahun itu agak mengejutkan orang ramai kerana dia menghumbankan wanita yang dipercayai peminatnya ke lantai.

Ezra Miller fully choked a fan after being jokingly asked to fight???? What the fuck. -kata Netizen

Tweet itu telah mendapat 8.8k retweets dan 43.2k likes di Twitter dan rata-rata ramai netizen kecam pelakon tersebut. Media antarabangsa kini masih cuba mendapatkan pengesahan daripada Ezra Miller. Tak apa, kita tunggu jer penjelasan sebenar okay!

OHMEDIA: MUNGKIN EZRA TU TAK TAHU BEZA GURAU DAN SERIOUS KOT.

Sumber: Twitter | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca minat The Flash di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media