(Video) Pertama Kali Dengar TokTi Marah Aafiyah. Reaksi Si Comel Ni Buat Netizen Berdekah!


Comel, bijak dan geram! Itulah reaksi kami Ohmedia bila melihat telatah anak kepada penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang berkongsikan aktiviti anaknya iaitu Siti Aafiyah di Instagram sebelum ini.

Sama seperti ibu bapa lain, perlu melayan kerenah anak dan ini adalah masa yang terbaik untuk meluangkan lebih waktu bersama anak semasa PKP ini. Video yang menarik perhatian netizen ini adalah apabila mendengar suara TokTi sedang memarahi Aafiyah yang menyelongkar baju ayahnya yang dilipat di dalam almari.

TokTi menyuruh Aafiyah untuk menyusun semula baju-baju tu dan reaksi si cilik ini sangat comel! Siap sempat suruh ibunya senyap "Shhhhh" lagi bila TokTi ugut untuk mengadu dekat ayah.

Tidak cukup dengan itu, TokTi ingin mendenda Aafiyah untuk tidur bersama orang lain sekiranya tidak mengemas semula dan Aafiyah dengan laju berlari semula ke dalam bilik untuk menyusun. Sayangnya usahanya gagal bila almari tak dapat ditutup yang berakhir dengan tangisan.


+ Baca respon pembaca yang mengikuti TokTi di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media