Vivy Yusof Dikecam Lagi Gara-Gara 'Design' Tudung? Ini Penjelasannya!


Sebelum ini usahawan terkenal, Vivy Yusof dikecam teruk dengan netizen kerana mempersoalkan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada golongan M40 dan B40. Kali ini pula, beliau mendapat kecaman lagi gara-gara design tudung keluaran terbarunya.

Apa dah jadi sebenarnya gais? Ohmedia ada dengar khabar angin yang dia telah menciplak rekaan jenama tempatan lain untuk koleksi tudung terbarunya yang dikeluarkan semalam.

Walaubagaimanapun, Vivy menafikan dakwaan tersebut dan berasa kecewa apabila dia mendapat tuduhan itu daripada orang yang dikenalinya selama ini. Vivy juga berkata bahawa dia dan pasukannya bekerja keras menghasilkan koleksi terbaru, Artsy dUck untuk membantu anak-anak yatim.

dUCk dituduh menciplak rekaan orang lain lagi. Saya terima orang sering menuduh kami apabila ternampak adanya sedikit persamaan. Saya sentiasa akan diamkan diri dan biar mereka bersuara sampai letih. Kebanyakan mereka adalah jenama tempatan yang saya sendiri bantu dari segi promosi. Bayangkan saya dituduh dan dimalukan mereka. Tapi kali ini datangnya daripada individu yang saya kenali. dUCk tidak meniru sepertimana tuduhan yang dilemparkan dan termasuklah koleksi yang akan dilancarkan malam ini. Corak ini dibangunkan sendiri oleh kumpulan kami dan saya buktikan sekali paparan skrin emel pasukan kami dari Jun 2018. Mana mungkin saya menciplak koleksi yang dilancarkan oleh jenama terbabit pada Disember 2018? Dari sudut kempen pula, memandangkan ia merupakan The Artsy dUCk, kami rasa konsep yang dipilih adalah bersesuaian. Ramai yang buat konsep sama sebelum ini. Saya harap dapat memberikan penjelasan kepada semua. Pasukan saya bekerja keras dan apabila dituduh begini, hati mereka luluh. Saya pun rasa sebegitu terutama apabila koleksi ini akan membantu anak-anak yatim yang memerlukan. Sampai hati orang menuduh bukan-bukan dan menyebarkan kebencian. Saya tak faham! Apa kata sama-sama membantu daripada menuduh. Sokonglah.


Namun, seorang pengguna di Instagram yang dikenali sebagai @sleepylllama atau nama sebenarnya Nia Atasha rasa kesal terhadap tindakan Vivy kerana menciplak idea yang pernah dikeluarkan olehnya pada tahun 2018 dan dia mencadangkan agar pasukan usahawan terkenal itu bekerja lebih kreatif.

Anda perlukan pasukan baharu yang lebih kreatif kerana yang ada sekarang meletakkan diri anda sepertimana sekarang. Fikir-fikirkan. Tak penat ke asyik dituduh sama berulang kali? Tak terfikirkah ada perkara yang tidak betul dalam organisasi anda? Tak buat kajian? Saya tidak suruh sesiapa memboikot The Artsy dUCk kerana ia untuk tujuan kebaikan. Tetapi isunya ini bukan kali pertama ia melibatkan paten. Kalau pasukan anda berkecil hati, apatah lagi saya yang berbisnes kecil-kecilan ini? Sebab kami tahu kami takkan menang kalau melawan kuasa yang anda ada. Hujungnya nanti anda akan mendapat untung dan memenangi hati rakyat dengan sumbangan yang diberikan. Anda akan tetap mendapat anugerah dan hidup anda akan tetap hebat.




OHMEDIA: BAGUS BETUL BILA ADA PKP NI, NAMPAK PERANGAI ORANG YANG SEBENAR.

Sumber: Nia Atasha | Vivy Yusof

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media