5 Tips Untuk Menghilangkan Kotoran Pada Dinding


Siapa sahaja yang tidak pernah mengalami masalah kekotoran pada dinding di rumah seperti kesan conteng, sisa makanan dan minuman, habuk yang melekat dan sebagainya. Kadangkala kita akan rasa malas untuk membersihkannya. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang tips serta bahan untuk membersihkan dinding yang kotor.

Alkohol


Untuk pengetahuaj korang, alkohol bukan sahaja terdapat pada arak namun di minyak wangi pun ada. Jadi semburkan minyak wangi korang pada dinding yang kotor dan lap menggunakan tisu. Kesannya mampu untuk membersihkan kotoran pada dinding.

Ubat Gigi


Boleh dikatakan semua orang ada ubat gigi dalam rumah. Walaubagaimanapun tidak semua tahu bahawa ubat gigi boleh menanggalkan kotoran jenis dakwat pen dan krayon pada dinding. Caranya mudah sahaja, gosok pada bahagian yang kotor kemudian lap menggunakan kain basah.

Lemon


Kebanyakkan bahan pembersih menggunakan lemon seperti sabun pencuci pinggan kerana lemon mengandungi asid yang kuat untuk menghapuskan kotoran. Korang hanya perlu potong buah lemon dan gosok pada dinding yang kotor sehingga bersih. Kemudian lap menggunakan kain yang bersih untuk memastikan bau lemon dapat membuatkan ruang itu menjadi wangi.


Bedak

Bedak sangat memainkan peranan penting buat yang sudah berkeluarga. Mungkin ramai tidak tahu bedak mengandungi bahan kimia yang boleh melenyapkan kesan kotoran pada dinding. Caranya korang letak bedak pafa bahagian yang kotor pada dinding dan lap menggunakan kain yang bersih

Cuka


Kebiasaan bahan ini digunakan untuk memasak, namun cuka juga memiliki kelebihan lain seperti menghilangkan kotoran pada dinding. Caranya tuang cuka pada kapas lap pada tempat yang kotor. Kemudin bilas menggunakan kain yang basah.

OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENGHILANGKAN KOTORAN PADA DINDING

+ Baca respon pembaca 5 tips untuk menanggalkan kotoran pada dinding di Facebook Oh! Media








Sumber: Oh! Media