--> Skip to main content

Anak Sharnaaz Ahmad Cedera Akibat Tersembam Di Jalan Raya


Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila berkongsi satu gambar di Instagramnya, @noornabila menunjukkan anak sulungnya mengalami kecederaan di bahagian muka seperti dahi dan hidung.

Alahai, kesian betul! Macam mana lah boleh cedera kan? Menurut Nabila, Jebat Jayden cedera akibat tersembam di jalan raya hadapan rumahnya dan kejadian tersebut telah membuatkan hatinya hancur melihat kecederaan yang dialami anak lelakinya itu.

My strong boy. Seronok punya lari...jatuh tersembam muka dekat jalan tar depan rumah...adoii hancur hati mommy tengok ni tapi takpelah anak jantan kan...

Rata-rata ramai pengikut dan rakan selebriti mendoakan agar anak lelaki Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila berusia setahun itu cepat sembuh daripada kecederaan yang dialaminya. Get well soon, Jebat!

OHMEDIA: KESIAN JEBAT JATUH. SEMOGA CEPAT SEMBUH.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca doakan Jebat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 04 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...