Antara Perkara Yang Perlu Dielakkan Supaya Berat Badan Tidak Bertambah


Ramai di antara kita yang mengeluh kerana berat badan semakin bertambah walaupun telah mengamalkam gaya pemakanan sihat. Namun tanpa mereka sedari terdapat beberapa perkara yang mereka lakukan setiap hari akan memberi kesan kepada masalah berat badan.

Sarapan


Ada segelintir orang berpendapat sekiranya makan banyak pada waktu pagi akan menyebabkan berat badan bertambah. Walaubagaimanapun, tanggapan mereka silap kerana kajian menyatakan pengambilan sarapan yang seimbang dan mengandungi 600 kalori protein, pencuci mulut, makanan tanpa lemak serta karbohidrat baik untuk korang yang sedang berdiet.

Mengemas Katil


Nampak macam pelik tapi ini hakikatnya di mana satu kajian telah dibuat dan mengatakan orang yang rajin mengemas katil biasanya mendapat tidur yang baik dan kesannya akan menjadikan badan lebih sihat serta tidak mengalami masalah kegemukan.

Tidur


Setiap hari kita perlu tidur selama 8 jam untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Oleh itu, pastikan korang tidak tidur melebihi 10 jam kerana kesannya akan menyebabkan indeks pada jisim badan bertambah.


Kurangkan Berada Dalam Gelap


Setiap pagi selepas bangun tidur pastikan korang berada bawah tempat yang terang atau pancaran cahaya matahari. Gelombang dari matahari pada waktu pagi mampu untuk meningkatkan metabolisme badan.

Timbang Berat


Antara kaedah lain yang membuatkan korang rasa bersemangat untuk menurunkan berat badan adalah menimbang berat badan pada setiap hari. Lakukan pada waktu pagi sebelum korang makan dan minum kerana ketika itu korang akan dapat angka yang betul.

OHMEDIA : SEMOGA TIP INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT BANTU KORANG UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

+Baca respon pembaca antara perkara yang perlu dielakkan supaya berat badan tidak bertambah di Facebook Oh! Media 





Sumber: Oh! Media