Bawang Merah Mengandungi Khasiat Untuk Tubuh Badan


Bawang merah merupakan bahan yang sering digunakan ketika memasak. Tidak ramai tahu bawang merah mengandungi khasiat yang sangat baik untuk kesihatan badan. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang kebaikan yang ada pada bawang merah antaranya ia boleh membakar kolestrol yang ada dalam badan. Untuk pengetahuan korang, kolestrol yang banyak boleh menjadi punca kepada penyakit jantung.


Selain itu, bawang merah mengandungi air, mineral, protein, kalsium dan Vitamin C. Oleh itu, korang digalakkan untuk mengambil 100 gram bawang merah setiap hari untuk diletakkan pada menu harian korang. Bawang merah juga mempunyai antomokron,antibakteria dan anti keradangan yang dapat membantu untuk merawat masalah jerawat dan kulit.


Seterusnya, jika korang mengalami demam, selsema dan batuk amalkan untuk makan bawang merah yang dicampur dengan madu kerana ia boleh menjadi penawar kepada penyakit tersebut. Akhir sekali, bawang merah juga boleh menyembuhkan masalah penghadaman dan menaikkan kadar penghasilan enzim pencernaan.

OHMEDIA : AMALKAN UNTUK MAKAN BAWANG MERAH SECARA KERAP KERANA IA MEMPUNYAI KEBAIKAN UNTUK TUBUH BADAN

+ Baca respon pembaca bawang merah mempunyai khasiat untuk tubuh badan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media