Dah Mula Mengecat Rumah Untuk Raya? Silap Besar Kalau Anda Tidak Ikut 5 Tip Ini


Memandangkan kita ada berbaki dua minggu lagi untuk berpuasa, mesti ada yang dah mula untuk menghias rumah kan? Meskipun raya kali ini tidaklah semeriah raya tahun-tahun sudah, namun ia bukan halangan untuk kita bangkitkan kembali suasana raya tersebut dimulakan dengan kerja-kerja mengecat. Kebanyakan antara kita bukan profesional pun bab cat mengecat ni, tapi ada beberapa tip yang boleh menjadi panduan untuk anda semua yang ingin Ohmedia kongsikan.

Warna tidak sama seperti yang kita mahukan

Sumber gambar dari Okezone Lifestyle
Ini paling kritikal. Kesilapan memilih warna akan membuatkan mood raya anda terganggu. Manakan tidak, sampel warna yang kita minta tidak sama warnanya setelah kita lakukan kerja-kerja mengecat.

Ini kerana, warna cat dipengaruh oleh warna dinding yang ingin dicat. oleh yang demikian, adalah perlu bagi anda sapukan cat yang anda mahu pada satu kepingan polisterin, lebih besar lebih baik, kemudian cuba padankan pada dinding rumah anda. Dengan cara ini anda boleh melihat keadaan sebenar car pada dinding.

Mengelak dari terlebih atau terkurang kuantiti cat

Sumber gambar dari Unsplash
Mesti anda diantara anda yang menghadapi masalah terlebih atau kekurangan kuantiti cat sewaktu melakukan kerja mengecat sebelum ini kan? Jika kurang, anda terpaksa menambah bilangan tong cat, jelas menambahkan lagi kos anda untuk mengecat. Jika terlebih pula, lebihan itu terpaksa anda simpan. Namun belum tentu anda akan menggunakannya lagi dalam masa terdekat. Akhirnya apabila cat disimpan terlalu lama, ia menjadi rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya anda harus mengukur dahulu keluasan dinding yang ingin dicat. Kebiasannnya, 1 liter cat boleh cover keluasan 11 meter persegi.

Menyediakan permukaan yang ingin dicat

Sumber gambar dari Unsplash
Apa yang Ohmedia cuba sampaikan disini adalah kawasan yang ingin dicat perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Contoh, bersihkan dinding yang mempunyai tompokan kulat atau cat lama dinding yang mengelupas dengan menggosoknya menggunakan kertas pasir. Sekiranya ada sesetengah bahagian dinding yang retak atau bekas tebukan drill, gunakan filler untuk menutupinya.

Jika anda tidak melakukan step ini, dinding yang ingin dicat akan kelihatan tidak kemas dan cantik walaupun menggunakan cat yang mahal atau membuat lapisan cat berulang kali.

Mencampur cat dengan air atau thinner

Sumber gambar dari Tukang Cat Dinding
Adalah lebih baik cat yang ingin digunakan tidak dicampurkan dengan air. Ini kerana dikhuatiri anda akan menghilangkan warna asal yang ingin anda cat pada dinding. Hasilnya, warna yang anda mahu tidak sama dengan warna dinding yang anda cat. Ini menyebabkan anda terpaksa melakukan dua kali kerja, menyapu lagi satu lapisan cat untuk mendapatkan warna yang anda mahu. Meskipun begitu, kadang-kadang ia tidak menjadi.

Fungsi thinner adalah untuk mencairkan cat lama, kebiasaannya cat minyak yang mula mengeras. Selalunya cat baru yang dibeli tidak disarankan untuk mencampurkan thinner kerana akan merosakkan kualiti cat.

Teknik Mengecat

Sumber gambar dari Hamilton
Step untuk mengecat dengan betul adalah mulakan mengecat pada bahagian bucu atau keliling kawasan dinding kerana ia memerlukan ketelitian. Kebiasaannya berus yang lebih kecil digunakan agar tidak comot ketika mengecat (tidak terkena ketempat lain). Setelah selesai, barulah kawasan dinding yang lebih besar dicat dengan kaedah 'W' atau 'M' dan barulah diratakan cat berkenaan disemua kawasan.

OHMEDIA: BAGI ANDA YANG NAK MULA KERJA-KERJA NI, OHMEDIA SARANKAN AGAR BERSEDIA DARI SEGI MENTAL, KERANA KERJA-KERJA MENGECAT NI MEMANG MEMENATKAN. LEBIH-LEBIH LAGI CAT BERKENAAN TAK JADI, BOLEH KOYAK KALAU KENA REPEAT BALIK, DENGAN BULAN PUASA LAGI. SILAP-SILAP ASAR DAH BUKA, KAH!

Sumber: PointPaint.blogspot

+ Baca respon pembaca tip mengecat rumah untuk persediaan raya di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media