--> Skip to main content

Elyana Henti Rawatan Kimoterapi, Beri Ruang Kepada Lebih Memerlukan


Menurut laporan Harian Metro, penyanyi Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana mengatakan bahawa beliau tidak lagi ke hospital bagi pemeriksaan kesihatannya dan tidak menyambung rawatan kimoterapi kerana ingin memberi ruang kepada orang yang lebih memerlukan.

Sepertimana yang kita tahu, penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu telah menghidapi kanser Limfoma tahap empat sejak sembilan tahun yang lalu dan kali terakhir dia menjalani rawatan tersebut pada awal tahun lepas.

Sekarang, negara kita sedang dilanda Covid-19. Jadi, saya rasa lebih ramai lagi orang yang memerlukan kemudahan di hospital berbanding saya. Lagi pula, saya sendiri sudah lama sakit dan dapat tahu situasi penyakit saya sekiranya ia teruk. Setakat ini, alhamdulillah. Ketika itu, saya menjalani rawatan kecemasan iaitu radioterapi memandangkan kanser sudah menular dan memberi kesan buruk pada tulang serta saraf saya. Penularan itu menyebabkan saya hampir lumpuh. Selepas itu, doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan kimoterapi, tapi saya tak buat kerana banyak perkara yang saya fikirkan antaranya tanggungjawab saya dan juga anak-anak yang sedang membesar. Alhamdulillah, ibadah puasa saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tiada sebarang gangguan kesihatan berlaku kepada saya dalam tempoh ini.

Alhamdulillah, Ohmedia doakan agar Elyana sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Terdahulu, penyanyi ini telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Khairul Anuar Husin pada tahun 2010 dan mendapat seorang anak perempuan bernama Cinta Sumayyah.

OHMEDIA: SEMOGA CEPAT SEMBUH!

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca doakan Elyana cepat sembuh di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...