Family Mart Mula Menerima Pembayaran Melalui Touch 'n Go eWallet


Kita sering diingatkan untuk menjaga perjarakan social apabila berada diluar, tambah lagi dikawasan yang mempunyai ramai orang seperti di kedai runcit dan sebagainya. Untuk mengelakkan risiko dijangkiti, semua orang dinasihatkan supaya membuat pembayaran secara atas talian ataupun cashless semasa melakukan sesuatu pembayaran.


Bagi pengguna Touch 'n Go eWallet, korang dah boleh menggunakan dompet digital ni untuk membuat pembayaran di FamilyMart yang kini menjadi kedai serbaneka kegilaan ramai. Ohmedia kalau singgah FamilyMart ni memang takkan lupa untuk beli air pisang dia tu sebab memang sedap gila, minum berkotak-kotak pun takkan puas punya. Korang dah try ke belum?

Berita ini telahpun diumumkan oleh Touch 'n Go eWallet sendiri melalui akaun Facebook rasmi mereka. Tak rugi pun kalau guna TnG eWallet ni sebab korang akan dapat cashback sekali tau. Bagi penggemar Oden yang tak download TnG eWallet ni lagi, cepat-cepatlah download dan boleh latih diri tu menggunakan dompet digital ni.

Sumber : Touch 'n Go eWallet

+ Baca respon pembaca FamilyMart menerima pembayaran menggunakan Touch 'n Go eWallet di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media