Fazura Muatnaik Gambar Terbaru Curi Perhatian Netizen, Siap Ada 'Baby Bump'!


Sebelum ini pelakon jelita Fazura pernah mengkhabarkan berita gembira di Instagramnya, @missfazura bahawa dirinya sedang berbadan dua selepas dua tahun berkahwin dengan suaminya, Fattah Amin yang juga merupakan seorang pelakon.

Baru-baru ini, beliau memuatnaik satu posting sehingga menarik perhatian warganet apabila dia keluar buat kali pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membeli barang keperluan.

Chak!!! Ada ni...baru keluar rumah setelah sekian lama. Beli barang dapur kejap terus laju-laju nak balik rumah. Masih tak berani dan tak mahu nak berada kat luar tu lama-lama. Berbuka apa kita hari ni? Kami makan nasi minyak dari @dcengkih_ttdi #StayHome #StaySafe and Lots of Love!

Menerusi entri tersebut, Fazura kelihatan sangat ayu apabila dia memakai tudung yang berwarna hitam untuk menghormati di bulan mulia ini dan tetap menjaga keselamatannya dengan memakai topeng muka.

Rata-rata ramai netizen memuji kecantikannya dan ada juga mengatakan bahawa mereka sudah mula kelihatan 'baby bump'. Comel betul! Ohmedia doakan agar Fazura dan suami sentiasa diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: TAK SABAR NAK TENGOK BABY FAZURA!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Fattzura di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media