--> Skip to main content

'Geng Tok Adi' Terima Sumbangan



Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 21 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Seberang Takir meraikan 'Geng Tok Adi' dengan mengagihkan sumbangan barangan keperluan dapur seperti gula,susu,beras dan sebagainya.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, program ini sebagai program kebajikan buat mereka yang bekerja sebagai penggali kubur.

"Program ini bagi kita merupakan program tahunan bagi meraikan dan mengingati mereka yang bekerja di bahagian ini.

"Kita agihkan barangan dapur dan menyerahkan sedikit sumbangan duit raya bagi meringankan beban 'Geng Tok Adi' ni," ujar Fazil ketika ditemui selepas program tersebut di perkarangan tanah perkuburan Hulu Takir semalam.

Turut terlibat dalam program agihan ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Seberang Takir, Siti Nor Sarah Aqilla MD.Razali dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Ustaz  Muda Abdullah.

Menurut Fazil lagi, program tahunan ini ada terdapat kelainan apabila penyerahan sumbangan ini diagihkan di tanah perkuburan dimana tempat 'Geng Tok Adi' bekerja.

"Seperti tahun lepas,kita raikan mereka dengan majlis berbuka puasa di hotel.

"Tetapi tahun ini disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kita terpaksa membuat kelainan dengan mengagihkan sumbangan ini di tempat mereka bekerja iaitu tanah perkuburan," katanya.



Sumber: teganukita.net
Tarikh Artikel: 21 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...