Honor MagicBook Pro Hadir Dengan Dual-Antenna WLAN Berkelajuan Sehingga 1,733 Mbps


Sepertimana yang semua tahu, Honor merupakan antara syarikat peranti yang terbaik di pasaran. Baru-baru ini, Honor telah melancarkan model terbaru dibawah siri MagicBook yang telah dikemaskini dengan kompenan-kompenan baru iaitu Honor MagicBook Pro. Model ini telah dilancarkan di China dengan harga bermula 5499 yuan dan masih belum memasuki pasaran Malaysia.


Laptop ini hadir dengan skrin sebesar 16.1 inci bersama resolusi Full HD. Model ini didatangkan dengan dua pilihan CPU iaitu Intel Core i7-8565U dan Intel Core i5-8265U yang kedua-duanya pada generasi kesepuluh. Bagi memori pula, ia hadir dengan 16GB DDR4 dan 512GB SSD bagi storan.

Bateri pada model ini didatangkan dengan 56Wh bersama pengecasan pantas menggunakan USB type-c yang dikatakan mampu bertahan sehingga 14 jam gais. Honor MagicBook Pro ini hadir dengan grafik NVIDIA GeForce MX250. Yang paling Ohmedia tertarik dengan model ini adalah ia hadir dengan built-in dual-antenna WLAN dengan kelajuan maximum sehingga 1733Mbps. Tapi kalau wi-fi dekat rumah kita tak laju pun takde gunanya juga, kah!

Kredit : Huawei Central

+ Baca respon pembaca model MagicBook terbaru di Facebook Oh! Media.









Sumber: Oh! Media