--> Skip to main content

Juadah Berbuka Diagih Rai Penduduk, Petugas DUN Ladang

Sumbangan diagihkan secara menyeluruh.

KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Sebanyak 70 bekas lauk diagihkan kepada penduduk di sekitar Deqan Undangan Negeri (DUN) Ladang sebagai juadah berbuka puasa, baru-baru ini.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zaim Azfar berkata, sumbangan daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan juga PAS Kuala Terengganu menunjukkan rasa prihatin kepimpinan Kuala Terengganu terhadap masyarakat setempat.

Menurut beliau lagi, sumbangan diwakili oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan diagihkan kepada penduduk di kampung masing-masing.
Antara penduduk yang menerima juadah berbuka.

"Selain itu, juadah berbuka puasa juga telah diagihkan petang semalam kepada petugas-petugas MPKK DUN Ladang yang banyak menabur bakti menghulurkan bantuan kepada masyarakat setempat sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Hari ini kita raikan sedikit semua petugas supaya mereka lebih bersemangat dalam menyantuni masyarakat," katanya.



Sumber: teganukita.net
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...