Kenapa Iklan Raya Oleh 'Ibu' Fauziah Nawi Ni Buat Ramai Menitis Air Mata?


Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia untuk menantikan iklan-iklan raya yang menghiburkan hati dari pelbagai pihak. Walaupun raya tahun ini agak berbeza buat kita semua, SAJI, jenama minyak masak No.1 Malaysia, tidak ketinggalan untuk menghasilkan iklan raya yang menyentuh hati.

Bermula dengan kisah Rendang Tok Mak tahun lalu, iklan raya SAJI kini semakin menarik perhatian ramai. Tahun ini, penonton disajikan dengan sebuah kisah yang menyentuh nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ibu, berjudul Kuah Kacang Ibu.

Berdepan dengan cabaran untuk melakukan penggambaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), SAJI tetap berjaya menghasilkan iklan raya yang cukup memberi kesan mendalam dengan keadaan kita sekarang ini.

Dalam iklan tersebut, ‘pelakon air mata’ Fauziah Nawi menjadi pilihan untuk memegang watak sebagai seorang ibu yang berkongsi resepi Kuah Kacang kepada penonton tetapi rupa-rupanya, hmm.... Korang tengoklah dulu video dekat bawah ni. Ohmedia taknak bagi spoiler!


Sedih kan? Di sini, kita nampak SAJI cuba menyampaikan mesej bahawa kita semua masih boleh meraikan Hari Raya bersama ibu, ayah dan insan tersayang walaupun tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya disebabkan penularan wabak Covid-19. Bak kata ibu Fauziah, "Biar jauh di mata, tapi jangan sesekali jauh di hati"

Tapi rahsia yang paling penting ibu Fauziah kongsi untuk buat Kuah Kacang adalah dengan memasak seikhlas hati. Dengan menggunakan minyak masak SAJI dan semua produk SAJI lain seperti Santan, Krimer, Kicap, Sos, Garam Gunung dan banyak lagi, masakan anda pasti menjadi. Apabila juadah hari raya dimasak dengan penuh kasih sayang, bertambahlah sedapnya.


Dalam masa yang sama, SAJI juga sedang menjalankan kempen beli sambil beramal bertemakan ‘Kongsi Rezeki Seikhlas Hati’. Dengan setiap pembelian produk FGV, nilai pembelian anda akan didermakan terus kepada badan kebajikan terpilih. Anda juga berpeluang memenangi wang tunai RM500!

Cara untuk menyertai kempen Kongsi Rezeki Seikhlas Hati



Kempen ini telahpun bermula sejak 24 April yang lalu dan akan berakhir pada 30 Mei 2020 berpandukan Terma & Syarat yang disediakan. Jom kita sama-sama membeli sambil membantu mereka yang memerlukan. 10 peserta bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500!

Untuk info lebih lanjut, layari website rasmi SAJI di www.fgvdelima.com ataupun beli secara online menggunakan aplikasi Shopee. Ok gais, Salam Aidilfitri!

Masak Seikhlas Hati, Dengan SAJI Pasti Menjadi!

#ProdukKeluaranFGV #SAJIdiHati #KongsiRezekiSeikhlasHati
Sumber: Oh! Media