Masjidil Haram & Masjid Nabawi Masih Ditutup


Jangan Percaya! Itulah apa yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berikutan isu pembukaan semula Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pa 8 Ramadan yang tular di media sosial.

Perkara ini disahkan selepas berhubung dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussies Saeed Qattan yang mengatakan yang tiada sebarang maklumat yang mengatakan 2 buah Masjid suci umat Islam itu akan dibuka semula dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan di Makkah dan Madinah masih lagi `lockdown'. Yang dibenarkan hanya pekerja-pekerja sahaja dan mereka yang terhad termasuk imam atau yang bertugas di masjid itu. - Katanya kepada Bernama Radio.


Berhubung isu pembukaan semula Masji dan surau di Malaysia, Dr Zulkifli mengatakan yang ia hanya bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan.

Ia perlu diperhalusi satu persatu, bagaimanapun ia amat bergantung kepada KKM. Justeru, apa-apa keputusan berdasarkan kepada pendapat serta pandangan KKM sewajarnya menjadi pedoman. Ia akan dibincang dari semasa ke semasa. - Jelasnya.

Sebentar tadi juga, Perdana Menteri sudah mengumumkan untuk membuka semula aliran ekonomi negara pada 4 Mei 2020 dan banyak diantara kita sudah boleh keluar rumah untuk pergi bekerja. Jadi, ikut segala SOP dan peraturan yang telah ditetapkan, jangan telalu gembira dan jaga kesihatan. #KitaJagaKita

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media