--> Skip to main content

Muat Turun Aplikasi 'Price Catcher' Untuk Jadi Pembeli Yang Bijak


HULU TERENGGANU, 21 Mei - Orang ramai digalakkan menggunakan aplikasi 'Price Catcher' bagi merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga berpatutan di pasaraya pasar awam dan pasar basah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Rosol Wahid berkata aplikasi ini memaparkan perbandingan harga lebih 400 barangan keperluan pengguna dan dikemas kini dengan ciri terbaharu yang lebih terkini.

"Aplikasi ini memaparkan maklumat harga lebih 432 barangan keperluan pengguna yang dikutip oleh 1100 Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDNHEP di seluruh negara secara harian mingguan dan bulanan.

"Pengguna dapat mencari barang yang sama tetapi pada harga berbeza, aplikasi ini juga dapat membantu pengguna menjimatkan masa masa dan kos untuk membuat perbandingan dan dalam pada masa yang sama menjadi pembeli yang bijak," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2020 di Sabasun, Ajil hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.

Untuk rekod, aplikasi Mudah Alih Price Catcher menggunakan platform Android dan iOS bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri seperti carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan, fungsi untuk mengesan lokasi, perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan.

Sumber: teganukita.net
Tarikh Artikel: 21 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...