Muzaffar & Keluarga Keturunan Melayu! Sedih Arwah Ayah Yang Baik Dikecam


Nampaknya isu ini amat susah dilupakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Akibat menggunakan perkataan yang kurang sesuai dan mengaitkan bangsa, adik kepada pemilik Jakel iaitu Muzaffar Mohamed terus dikecam.

Bukan hanya dikecam, tetapi gerakan untuk memboikot produk itu juga semakin meluas. Muzaffar sekali lagi memberikan penjelasan panjang lebar melalui satu video yang berdurasi 11.39 minit di Facebook dan Instagram miliknya.

Muzaffar melakukan ini selepas melihat banyak maklumat yang telah disalah anggap sehingga melibatkan arwah ayahnya. Kalau korang perasan, rasa marah rakyat Malaysia semakin memuncak selepas ada lagi satu posting dari pemilik akaun Facebook Nor Lizah yang tampil menyokong tindakan Muzaffar dan menghina orang Melayu.

Tapi, Muzaffar dakwa yang dia tidak kenal langsung Nor Lizah dan tak ada kena mengena dengan keluarganya yang dilihat sengaja bangkitkan isu perkauman.

Saya tak kenal Nor Lizah, dia seumpama side saya untuk hentam orang menerusi komen. Dengan nama Allah saya tak ada bangkitkan isu perkauman. Tolong maafkan saya atas kesalahan saya menaikkan status, itu memang salah saya sebab naikkan sentimen Melayu. Saya juga ada buat laporan polis atas nama Nor Lizah. Saya buat report kerana saya berani. Berani kerana benar. Saya tak takut. - Tegasnya di dalam video berkenaan.

Muzaffar turut menjelaskan mengapa dia menaikkan posting seperti itu di Instagram Stories dan mengakui dilakukan dalam keadaan kurang baik. Ini terjadi selepas netizen menyerang dia dan Jakel di posting Twitter yang mendakwa Jakel tidak peka dengan situasi PKP. Jakel sebelum ini sudah mengumumkan untuk kembali beroperasi semasa PKPB dengan beberapa SOP yang telah disediakan untuk dipatuhi oleh setiap pelanggan.

Saya dan bapa saya, dalam surat beranak pun keturunan Melayu. Takkan saya nak main isu perkauman. Kawan-kawan saya pun Melayu. Hari-hari saya layan customer yang beli, takkan tergamakk saya nak main isu perkauman. - Penjelasannya lagi.

Muzaffar turut menyatakan rasa kecewanya apabila netizen sudah mula membabitkan nama arwah ayahnya yang sudah lama pergi. Kami rasa korang kena tonton video penjelasan ini dahulu dan semoga perasaan marah itu hilang selepas mendengar penjelasan yang padat ini.


Diharapkan isu ini cepatlah ditamatkan kerana semakin lama ia dimainkan, semakin banyak fitnah dan salah faham kita disajikan.

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu Jakel ini di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media