Baru-baru ini, Oppo Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar baru mereka dibawah siri Reno iaitu Oppo Reno3 (biasa) dan Oppo Reno3 Pro di pasaran Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan Oppo Reno3 biasa pada harga RM1,699 dan Oppo Reno3 Pro pada harga RM2,399.
Oppo Reno3
Ia hadir dengan skrin 6.4 inci AMOLED. Cip pemprosesan yang dikuasakan dalam model ini adalah cip MediaTek Helio P90. Untuk memori, Reno3 didatangkan dengan 8GB RAM dan 128GB storan. Baterinya pula sebesar 4,025mAh bersama pengecasan pantas 30W menggunakan ISB port type-c.
Untuk kamera belakang, ia hadir dengan 4 lensa yang dilengkapi 48 megapixel sensor utama + 13 megapixel telefoto + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel B/W. Bagi kamera hadapannya pula didatangkan dengan 44 megapixel gais.
Oppo Reno3 Pro
Spesifikasi untuk Pro hampir sama dengan variasi biasa, cuma yang membezakan mereka adalah cip pemprosesan bagi Reno3 Pro dikuasakan dengan cip MediaTek Helio P95. Bagi memori pula, model ini didatangkan dengan 8GB RAM bersama 256GB storan gais.
Untuk kamera belakang, ia hadir dengan 4 lensa yang dilengkapi 64 megapixel sensor utama + 13 megapixel telefoto + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel B/W. Bagi kamera hadapannya pula didatangkan dengan 2 lensa iaitu 44 megapixel sensor utama + 2 megapixel kedalaman.
+ Baca respon pembaca peminat peranti terbaru Oppo di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media