--> Skip to main content

Orang Ramai Serbu Kedai Minuman Keras Selepas 40 Hari Tutup


Sama seperti Malaysia, kerajaan India turut telah mengambil keputusan untuk melonggarkan sedikit peraturan perintah berkurung yang diadakan sejak 40 hari yang lalu bagi memberi sedikit ruang kepada rakyat dan ahli perniagaan untuk menggerakkan kembali ekonomi.

Tapi, keadaan di sana menjadi sedikit kecoh bila orang ramai menyerbu kedai minuman keras untuk mendapatkan bekalan minuman beralkohol.

Kekecohan yang berlaku di New Delhi ini memaksa pihak polis menggunakan tongkat lathi bagi mengarahkan pelanggan membuat satu barisan panjang dan membuat bulatan untuk penjarakan sosial.

Harapnya pemimpin kita tak buat keputusan seperti ini kerana ahli politik di India sebelum ini telah menegaskan yang negara itu perlu membenarkan kedai arak kembali beroperasi kerana hasil penjualan minuman alkohol ini adalah sumber utama kutipan cukai mereka.

Di daerah lain turut berlaku perkara yang sama dan pihak polis mengambil keputusan untuk mengarah penutupan semula premis serta merta selepas orang terlalu ramai.


Sumber: AFP news

+ Baca respon pembaca yang mengikuti perkembangan wabak dunia di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 08 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...