Pemilik Rumah Di Kampung Batu Sawar Bakal Miliki Alamat Lengkap


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 17 Mei- Pemilik Rumah di Kampung Batu Sawar/Lentang disini bakal memiliki alamat lengkap menerusi usaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan dengan kerjasama pihak berkaitan.

Pengerusi MPKK berkenaan, Khaziman Khalik berkata, pihaknya telah mencari insiatif bagi memastikan setiap rumah di kampung itu yang sebelum ini tidak dilengkapi alamat supaya lebih tersusun menerusi projek penetapan nombor alamat kediaman sekali gus untuk kemudahan pelbagai pihak.

“Kita bersama-sama memikirkan cara bagi memastikan setiap rumah distruktur kembali alamat, bagi memudahkan setiap rumah di kampung ini dicari serta urusan surat menyurat.

“Insya-Allah, selepas pada ini 135 buah rumah disini akan dilengkapi alamat lengkap, selain orang ramai boleh merujuk pelan lokasi kampung yang telah diletakkan di kampung ini," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program melengkapkan alamat di setiap rumah di Kampung Batu Sawar/ Lentang, baru-baru ini.

Gimik perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Sementara itu, Ghazali berkata, program yang diadakan MPKK berkenaan selaras dengan kehendak beliau, dimana setiap kampung di Hulu Dungun perlu dilengkapi alamat agar memudahkan pelbagai urusan sebagaimana dilakukan MPKK Tepus sebelum ini.



Sumber: teganukita.net