Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menyaksikan ada beberapa aktiviti ekonomi seperti bazar ramadan atau pasar malam menjadi tempat orang ramai mendapatkan kuih raya ditutup bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan COVID-19.
Namun meskipun ditutup, anda boleh memilih untuk membuatnya dirumah. Ini 6 resepi kuih raya simple yang anda boleh cuba untuk raya kali ini.
Biskut Nestum
|
Sumber gambar dari Mama tomei |
Siapa sangka dengan menggunakan nestum sebagai bahan utama, ia mampu menjadi penyelamat mood raya anda tahun ini. Simple dah mudah. Masa nilah korang perlu manfaat segala bahan yang ada kat dapur tu dari sayang tamat tarikh tapi tak digunakan.
Rujuk bahan dan cara penyediaan
disini.
Cornflakes Madu
|
Sumber gambar dari Zu Enak Rasa |
Ini salah satu lagi resepi mudah yang patut anda cuba. Berbekal 4 bahan utama, anda boleh jadikan ia sebagai biskut raya anda tahun ini. Cara penyediaannya juga mudah. Ohmedia kalau jumpa kuih ni lebih prefer makan satu persatu cornflakes dia. Tak tahulah mengapa, hahaha!
Rujuk bahan dan cara penyediaan
disini.
Kacang Putih Goreng
|
Sumber gambar dari Rasa |
Kuih raya tak semestinya anda perlu menghidang biskut sahaja. Anda juga boleh memilih kekacang sebagai salah satu kuih raya anda, misalnya kacang puith goreng. Paling best dinikmati semasa berborak dengan saudara mara. Know-know, dah habis satu balan, kah!
Rujuk bahan dan cara penyediaan
disini.
Biskut Arab
|
Sumber gambar dari Carousell |
Tak pasti mengapa biskut ini dipanggil sebagai biskut Arab, namun biskut ini antara biskut yang patut ada pada hari raya. Penyediaan biskut tidaklah serumit mana kerana hanya menggunakan 4 bahan utama.
Rujuk bahan dan cara penyediaan
disini.
Salted Egg Conflakes
|
Sumber gambar dari Youtube |
Kalau anda kurang menggemari jenis kuih raya yang manis-manis, mungkin anda patut cuba resepi ini selain dari kacang putih goreng. Rasa garing dan lemak masin pasti menarik cita rasa anda. Kena pula layan tv time raya, satu balang habis pun tak perasan.
Rujuk bahan dan cara penyediaan
disini.
Kuih Gunting
|
Sumber gambar dari Cara Resepi |
Kuih ini antara kuih lejen yang ada pada hari raya. Kuih ni kalau buat hari biasa tak beberapa nak layan sangat. Tapi bila makan time raya, boleh gaduh adik-beradik sebab berebut. Rasa savoury pada kuih ini membuatkan anda makan tanpa henti.
Rujuk bahan dan cara penyediaan
disini.
OHMEDIA: MESKIPUN KERAJAAN MELARANG AKTIVITI KUNJUNG-MENGUNJUNG KETIKA RAYA NANTI, TAPI BUKAN ALASAN KITA UNTUK TIDAK MENGHIDUPKAN SUASANA RAYA DIRUMAH KITA.
Sumber:
Bidadari.my |
Rasa.my
+ Baca respon pembaca resepi mudah kuih raya di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media