--> Skip to main content

Penjawat Awam Sanggup Palsukan Dokumen Untuk Beraya



Tindakan seorang penjawat awam memalsukan surat kebenaran rentas negeri mengakibatkan dia tidak dapat pulang ke Putrajaya untuk bekerja. Hal ini diketahui setelah lelaki berkenaan datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang bagi memohon surat kebenaran untuk pulang ke Putrajaya.

Difahamkan tarikh yang sepatutnya lelaki pulang kembali Putrajaya adalah 17 Mei namun telah dipinda olehnya kepada 25 Mei. Lelaki yang bertugas sebagai kerani berkenaan dipercayai melakukan perbuatan sedemikian adalah untuk tinggal lebih masa bagi menyambut raya.

Sumber gambar dari Berita Harian

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob menjelaskan tindakan lelaki berkenaan akan menyebabkan dia diambil tindakan kerana merentas negeri tanpa kebenaran, melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) juga pemalsuan dokumen.


OHMEDIA: TAK PASAL-PASAL JE KENA TAHAN SEBAB KANTOI PALSUKAN DOKUMEN. UNTUNGLAH KALAU TAK KENA BUANG. 



Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...