Permohon Gagal BPN Berpunca Kerana Miliki SSM Boleh Buat Rayuan


Minggu ini kecoh di media sosial tentang rasa kekecewaan beberapa pihak dan individu apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah ditolak dengan alasan mempunyai rekod SSM.

Jumlah ini melibatkan seramai 451,865 pemohon yang telah ditolak permohonan mereka dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah yang mereka yang gagal ini masih boleh melakukan rayuan di LHDN.

Permohonan turut boleh pergi terus ke kaunter LHDN di seluruh negara bagi memudahkan lagi proses rayuan dengan membawa segala dokumen yang membuktikan anda layak.

Ia berikutan, antara isu yang ditimbulkan rekod SSM. Rekod SSM ini memang agak kritikal kerana dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini ialah, sekiranya seseorang itu mempunyai rekod dengan SSM, maka mereka tidak layak BPN. Bagaimanapun, kelonggaran ini sudah diberikan dan kita akan menyemak sama ada syarikat itu masih aktif atau 'dormant' (tidak aktif). - Jelasnya.

Tetapi bukan semua permohon yang memiliki SSM telah ditolak. Ini kerana hanya 451,865 individu sahaja gagal daripada 1,056,860 permohon.

Jadi korang bolehlah kongsi info ni kepada rakan-rakan atau keluarga yang memiliki SSM tetapi gagal permohonan mereka yang dibuka rayuan sehingga 31 Mei ini.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media