Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020


Sebentar tadi baru sahaja selesai Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (10 Mei 2020) dan antara pengisian yang disampaikan adalah pelanjutan permohonan Bantuan Prihatin Nasional sehingga 31 Mei ini.

Perkara ini diputuskan selepas melihat masih ada di kalangan rakyat yang merungut kerana permohonan mereka gagal walaupun mungkin telah melakukan rayuan. Antara alasan yang diterima mengapa permohonan tidak diterima adalah kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan, tetapi mereka sebenarnya sudah hilang pekerjaan dan tiada sumber pendapatan semasa PKP.

Oleh itu, Menteri Kewangan sudah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN dan rakyat boleh juga hadir terus ke kaunter LHDN untuk membuat rayuan pada 11 Mei 2020 ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak dapat memberi jaminan permohonan akan diluluskan, kerana ia perlu melihat kepada syarat dan alasan munasabah sebelum diluluskan.

Setakat ini sebanyak 10.6 juta rakyat Malaysia sudah menerima BPN yang berjumlah RM11 billion.


+ Baca respon pembaca yang ikuti perutusan Perdana Menteri di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media