--> Skip to main content

PKM Manir Agih 2,000 Bekas Bubur Lambuk


Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU, 17 Mei - Program Semarak Ramadan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Manir mengagihkan 2,000 bekas bubur lambuk kepada pengguna jalan raya hadapan Kompleks Al-Kawthar Kubang Lembik Manir di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Harun berkata, program agihan bubur lambuk itu adalah kesinambungan setiap tahun di sepanjang bulan Ramadan.

"Khidmat masyarakat yang bertemakan sama merasa itu bukan saja meraikan golongan kurang berkemampuan, malah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan penduduk setempat.

"Walaupun tidak banyak, namun ia sudah cukup menggembirakan penduduk di sini," katanya kepada pemberita wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis pengagihan bubur tersebut.


Beliau turut berharap dengan aktiviti sebegini dapat melahirkan satu persekitaran yang sihat terutama dalam kalangan masyarakat setempat.


“Di bulan yang mulia ini, kita digalakkan untuk sama-sama memperbanyakkan amal selain mengeratkan persaudaraan sesama Muslim, agar tidak kerugian di akhirat kelak,” katanya.



Sumber: teganukita.net
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...