--> Skip to main content

Ronaldo Ketuai Inisiatif, Bantu Pemain Separuh Profesional


Siapa saja tak kenal dengan sikap pemurah hati seorang bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo. Sebelum ini beliau pernah melelong kasut emas yang dimilikinya dengan nilai £1.2 juta setelah menjaringkan 40 gol bersama Real Madrid ketika dibawah kendalian Jose Maurinho untuk membantu membangunkan sekolah di Gaza.

Sikap pemurah hati beliau tidak terhenti disitu, beliau turut menyumbang kepada beberapa organisasi yang menguruskan bantuan untuk mereka yang terjejas. Baru-baru ini, Cristiano Ronaldo mengetua inisiatif mendermakan sebahagian bonus layak ke EURO 2020 kepada pemain liga bawahan negara asalnya, Portugal.

Sumber gambar dari Google
Bintang Inter Milan yang dipinjamkan ke Lokomotiv Moscow, Joao Mario mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo menerangkan kepada pasukan Portugal bagaimana golongan seperti pemain separuh profesional dan juga petugas kesihatan memerlukan mereka ketika untuk kekal bertahan dalam situasi pandemik yang semakin meruncing.

OHMEDIA: BEGITU BESAR HATI CRISTIANO RONALDA MEMBANTU RAKAN-RAKAN PEMAIN SEPARUH PROFESIONAL AGAR TETAP TERUS BERTAHAN KETIKA SITUASI PANDEMIK INI.

Sumber: Berita Harian | The Sun

+ Baca respon pembaca Ronaldo ketuai inisiatif bantu pemain separuh profesional di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 05 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...