--> Skip to main content

“Saya Mohon Maaf Pada Kalian Semua...”- Bob Lokman


Bekas pengacara, pelawak, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama penuhnya Mohd Hakim Lokman, 56 tahun menyatakan permohonan maaf jika ada kesilapan yang dilakukan kepada kenalannya semasa aktif dalam industri hiburan suatu ketika dahulu.

Bob Lokman yang terkenal sebagai pencipta lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama itu membuat permohonan maaf selepas dia tidak aktif lagi dalam industri berkenaan dan berpindah ke Kelantan menyebabkan beliau mungkin tidak lagi berjumpa dengan kenalan-kenalan lama dalam industri hiburan.

Bob Lokman kini menetap di Kelantan, membantu isterinya berniaga nasi Arab dan menjaga anak-anak. Bob Lokman kini sedang beransur pulih selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sungai Buloh akibat masalah air berlebihan dalam badan.

Sumber gambar dari Berita Harian
Bercerita lebih lanjut, pergerakan beliau terbatas walaupun beransur pulih, terpaksa berpaut untuk berdiri dan tidak mampu untuk berdiri lama. Jelasnya ini merupakan kesan sampingan setelah terlantar di atas katil selama dua bulan.

Selain itu, jantung Bob Lokman dikatakan lemah. Beliau tidak boleh terlalu aktif kerana bergantung dengan mesin oksigen bagi memudahkannya untuk tidur. Meskipun demikian, Bob Lokman mampu menunaikan ibadat puasa dengan sempurna, namun terpaksa duduk untuk menunaikan solat.

OHMEDIA: SEMOGA LEKAS SEMBUH ABANG BOB, DAN SEGALA URUSAN ABANG BOB DIPERMUDAHKAN OLEH-NYA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Bob Lokman mohon maaf pada kenalan industri hiburan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 16 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...