--> Skip to main content

'Singgah Sahur' Diteruskan


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 3 Mei- Program Singgah sahur yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi setiap kali Ramadhan terus diadakan tahun ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sebanyak 180 pek makanan diagihkan kepada para petugas waktu malam di DUN berkenaan untuk dinikmati ketika bersahur.

"Kita adakan program singgah sahur ini selama dua malam bermula 1 Mei lalu.

"Mereka yang bekerja samada kerajaan atau swasta yang dibenarkan beroperasi pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini termasuk pengawal keselamatan, anggota bomba dan polis telah kita santuni dan agihkan pek makanan berkenaan.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, disini, hari ini.

Turut serta didalam Program Singgah Sahur, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Khaziman Khalik.

Katanya, program yang diadakan itu telah dimaklumkan secara bertulis kepada Balai Polis di DUN berkenaan serta berada didalam pengetahuan pihak berwajib.

Sumber: teganukita.net
Tarikh Artikel: 03 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...