Baru-baru ini Pengerusi FINAS yang baru, Zakaria Abd Hamid mengeluarkan kenyataan mahukan industri hiburan tempatan memenangi anugerah-anugerah berprestij misalnya Anugerah Oscar. Walaubagaimanapun kenyataan Zakaria berkenaan dibidas oleh pelakon Daulat, Tony Eusoff melalui Twitter miliknya.
Jangan la asyik cakap nak menang oscar je. Kita ni kat kampung pun tak tentu jaguh lagi. Banyak lagi masalah filem/tv yg perlu ditangani. Rujuk contract2 yg berat sebelah dulu. Pastikan pelakon takyah bawak baju sendiri utk shooting. Wig pun masih jelas nampak palsu. 😔— tony eusoff (@tonyeusoff) May 28, 2020
Tony menjelaskan bahawa pandangannya itu tidak berniat untuk menghentam mana-mana pihak, sebaliknya mahu membuka mata mereka yang terbabit dalam industri seni hiburan tempatan bahawa terlalu banyak perkara dalaman yang perlu diselesaikan dan dibaiki terlebih dahulu, misalnya kontrak yang berat sebelah, wardrobe dan juga penyediaan prop.
Sebelum sembang oscar, apa kata orang atasan finas turun padang dulu, tengok keadaan shooting macam mana. Check dulu bahagian wardrobe tengok baju2 tu artis punya ke production yg provide. Semua pekeje ada contract yg sesuai tak. Belum lagi cerita pasal ikut sop covid ni ye.— tony eusoff (@tonyeusoff) May 28, 2020
Mengulas lebih lanjut, Tony meminta agar pihak atasan FINAS turun padang bagi melihat sendiri bagaimana proses shooting dilaksanakan. Tony juga turut menyentuh isu bajet yang jauh ketinggalan jika dibanding dengan pemenang-pemenang Oscar sebelum ini.
Satu lagi, macam mana nak menang oscar? Apakah langkah2 yg dicadangkan kalo ada pun? Dari segi budget kita dah jauh ketinggalan kalo nak bandingkan dgn pemenang2 oscar sblm ni. Nak menang macam mana tu? Pakai bomoh? Harga oscar tu mahal ye.— tony eusoff (@tonyeusoff) May 28, 2020
OHMEDIA: BETUL LAH TU, SELAGI ISU BAJET MENJADI PERMASALAHAN, JANGAN MIMPI UNTUK MENANG ANUGERAH YANG LEBIH BESAR.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca Tony Eusoff tempelak kenyataan Pengerusi FINAS di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media