Wah! Bukan selalu nak tengok video orang awam mencecah sehingga satu juta tontonan di media sosial. Nak tahu kenapa? Korang boleh tonton dekat bawah ni dulu okay.
Had a blast making this one with the fam 🥰 #fightmechallenge pic.twitter.com/tHcOhQ18Ki— F ▲ R O U Q I E (@kingfarouqq) May 25, 2020
Menurut laporan mStar, video #fightmechallenge yang dimuatnaik oleh @kingfarouqq di Twitter itu sebenarnya dirakam pada petang hari raya pertama bersama enam beradik, dua abang ipar dan ibu bapanya di kediaman yang terletak di Shah Alam, Selangor.
Mula-mula saya tengok di video #fightmechallenge di Youtube, jadi saya buat plan dengan kakak sehari sebelum raya. Sebab hari raya pun tak ada nak buat apa. Masa mula-mula plan, tak fikir pun nak ajak mak ayah. Takut mereka tak nak. Last minute ajak masuk sekali, kami shoot dalam sejam lebih je. Keseluruhan video yang dirakam menggunakan telefon je.
Menurut @kingfarouqq atau nama sebenarnya Farouqie berusia 23 tahun itu berkata dia tidak sangka yang videonya tular di media sosial kerana pada hari tersebut, beliau mengalami demam dan apabila bangun, telefonnya panas gara-gara penuh masuk notifikasi.
Saya tak jangka pun. Masa hari tu saya demam, jadi saya tidur sahaja. Bila bangun tengok telefon panas, penuh masuk notification. Tak sangka viral. Kami buat video cuma nak isi masa lapang, satu keluarga duduk rumah, kami memang tak terima tetamu.
Kreatif betul Ohmedia tengok video dia. Kalau korang pun ada video yang kreatif seperti Farouqie, boleh lah kongsikan kepada Ohmedia ya? Selamat hari raya gais!
OHMEDIA: BESTNYA BILA ADA KELUARGA SPORTING MACAM DIORANG NI!
Sumber: mStar | Twitter
+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media