(Video) Pasangan Jepun Sifatkan Sugu Pavithra Sebagai Seorang Genius!


Pasangan Youtuber, Sugu Pavithra sering menjadi tumpuan di seluruh Malaysia dengan menunjukkan pelbagai jenis masakannya yang kelihatan agak enak. Apa yang lebih menarik, video mereka turut mendapat perhatian daripada pasangan Jepun tau?!

Wah! Kalau korang nak tahu, pasangan Jepun tersebut dikenali sebagai iChang RM yang juga merupakan Youtuber terkenal telah mencuba resepi kentang goreng daripada Sugu Pavithra. Kalau korang nak tengok apa reaksi diorang, boleh tonton video dekat bawah ni okay.

Mrs. Pavithra is genius.


Video yang dimuatnaik oleh iChang RM semalam telah mendapat 130k tontonan dan mendapat 10k likes. Menerusi video tersebut, pasangan Jepun itu memuji resepi S. Pavithra kerana mereka merasakan ia adalah sesuatu kelainan dan rasa yang baru baginya.

Malah, mereka menyifatkan Pavithra adalah seorang yang genius. Haa, lepas ni korang boleh lah cuba ikut resepi Sugu Pavithra. Apapun, Ohmedia doakan agar Pavithra dan suaminya, Sugu terus maju jaya dan dapat perhatian dari satu dunia.

OHMEDIA: TAHNIAH SUGU PAVITHRA! ORANG JEPUN PUN TENGOK TAU?!

Sumber: Youtube

+ Baca respon pembaca suka Sugu Pavithra di Facebook Oh! Media.







Sumber: Oh! Media