--> Skip to main content

(Video) Sugu Pavithra Ingin Masak Untuk Semua Jiran Guna Barang Yang Diberi Perdana Menteri


Ohmedia suka betul bila tengok pasangan suami isteri ni dekat Youtube yang menggunakan nama sebagai Sugu Pavithra sebab diorang ni memasak pelbagai menu dan bercakap dalam bahasa Melayu dengan lancar.

S Pavithra dan suaminya, M Sugu menjadi perhatian di media sosial selepas mereka memuatnaik video temu ramah bersama Bernama pada beberapa hari yang lalu. Apa yang lebih menarik, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadiahkan barangan dan mengirim sekeping kad ucapan kepada pasangan ini.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home" (Teruskan usaha yang baik, duduk di rumah sahaja). -tulis PM pada kad tersebut

Jadi, mereka berhasrat ingin memasak menu istimewa untuk semua jirannya dengan menggunakan barangan asas yang diberi oleh Perdana Menteri. Selain barangan asas, mereka juga menerima periuk nasi elektrik, tripod dan juga ketuhar gelombang mikro.

Kami hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri. Ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yaasin. -kata pasangan ini

Kalau korang nak tahu, saluran Youtube Sugu Pavithra kini telah mencecah 525k subsribers. Jom support Youtuber Malaysia! Apapun, Ohmedia doakan agar pasangan ni menjadi Youtuber berjaya pada satu hari nanti.


OHMEDIA: TERBAIKLAH SUGU PAVITHRA!

Sumber: Youtube

+ Baca respon pembaca sokong Sugu Pavithra di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...