Xiaomi Malayisa baru saja memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka di bawah siri Note iaitu Xiaomi Mi Note 10 Lite di pasaran tempatan gais. Korang boleh dapatkan model telefon pintar yang dilengkapi memori 8GB RAM bersama storan sebesar 128GB ini pada harga RM1,599 gais. Ianya didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Glacier White dan Nebula Purple.
![]() |
Sumber gambar dari Xiaomi Malaysia |
Untuk kamera belakangnya, ia didatangkan dengan empat lensa kamera yang dilengkapi dengan 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra lebar + 5 megapixel kedalaman + 2 megapixel makro. Kamera hadapannya pula hadir dengan satu lensa utama yang dilengkapi 32 megapixel. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh membuat pra-tempahan di pengedar rasmi Xiaomi dan berpeluang untuk dapat powerbank Redmi secara percuma gais.
Sumber : Xiaomi Malaysia
+ Baca respon pembaca peminat telefon pintar Xiaomi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media