--> Skip to main content

Zul Yahya Keluar Kenyataan Balas Isu Keberkatan Industri Hiburan


Zul Yahya menjelaskan bahawa kenyataan yang beliau keluarkan melalui satu posting Instagram miliknya yang dikatakan menghina periuk nasi mereka yang berada dalam industri hiburan sehingga mengundang kritikan.


Bercerita lebih lanjut, Zul Yahya menjelaskan apa yang diperkatakan itu berdasarkan pengalaman dan realiti yang berlaku dalam industri hiburan selama 20 tahun sebagai pelakon. Tambahnya lagi Zul Yahya menjelaskan apa yang dikatakan oleh beliau demi kebaikan kerana melihat hala tuju hiburan yang masih tiada perubahan.

Mengenai keberkatan yang dikatakan Zul Yahya, definisi keberkatan yang dikatakan olehnya memberi maksud yang luas dan untuk memperolehinya kita perlu usaha kerana keberkatan berkenaan tidak datang dengan sendiri. Beliau sedar, semua orang perlukan hiburan tapi biarlah memberi manfaat.

Sumber gambar dari Google
Dipetik dari Harian Metro, Zul Yahya menambah agar perkara utama diharapkan adalah perubahan hala tuju industri hiburan, agar semua warga penggiat seni mendapat kehidupan yang terbela. Katanya, pilihan untuk berubah berada ditangan masing-masing kerana rezeki Allah luas dalam usaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

OHMEDIA: MASING-MASING PUNYA PENDAPAT. TERPULANG KEPADA KITA SAMA ADA UNTUK MENERIMA ATAU TIDAK.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Zul Yahya keluar kenyataan balas di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 19 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...