12 kakitangan pos 'direvive' di hospital kerana buah durian


Seramai 12 pekerja pos di Jerman dirawat di hospital, manakala berpuluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos, berpunca dari bau durian dalam sebuah bungkusan. 

Dalam kejadian yang berlaku kelmarin di bandar Bavarian, Schweinfurt itu, polis, bomba dan anggota perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke lokasi. 

Difahamkan, salah seorang kakitangan pos terhidu bau yang mencurigakan dan tercetusnya kekecohan tersebut di mana bungkusan yang tidak diketahui dan tidak jelas isi kandungannya, terus dianggap sebagai barang berisiko tinggi. 

Bangunan itu kemudian dikosongkan sebelum bungkusan tersebut diperiksa dengan teliti. 

Setelah disiasat, bungkusan itu rupa-rupanya mengandungi empat buah durian dari Thailand dan ia milik seorang penduduk Schweinfurt berusia 50 tahun yang mahu mengirim buah itu kepada rakannya di Nuremberg. 

Sementara itu, 12 kakitangan pos yang dimasukkan ke hospital mengadu loya selepas terhidu bau berkenaan. Enam lagi kakitangan lain dibawa ke hospital yang sama untuk langkah berjaga-jaga. 

Sumber: MalaysiaKini


Sumber : thereporter.my