2 Jaringan Benzema Pastikan Real Kembali Mengejar Barcelona



Real Madrid kembali merapatkan jurang 2 mata di belakang Barcelona selepas mudah menewaskan Valencia 3-0 di saingan La Liga pagi tadi. Aksi cemerlang yang ditunjukkan bekas pemain Chelsea, Eden Hazard sedikit sebanyak membantu keputusan Real dalam perlawanan ini.


Real yang bermain baik pada separuh masa pertama gagal untuk menembusi gawang Valencia yang dikawal rapi oleh Cillessen walaupun mempunyai beberapa peluang terbaik untuk mencipta jaringan. Real akhirnya berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-60 hasil satu serangan balas dan disempurnakan dengan baik oleh Karim Benzema.


14 minit kemudian giliran Asensio pula menggandakan kedudukan hasil satu rembatan volley menewaskan Cillessen. Karim Benzema melengkapkan malam gemilang Real selepas menjaringkan gol kedua peribadi 3 minit sebelum tamat perlawanan. Keputusan 3-0 menyaksikan Real Madrid kini menghuni tangga kedua La Liga dengan 62 mata.


OHMEDIA: NAMPAKNYA PERLUMBAAN UNTUK MEMBURU KEJUARAN LIGA ANTARA BARCELONA DAN REAL MADRID SEMAKIN SENGIT

+ Baca respon pembaca 2 jaringan Benzema pastikan Real kembali mengejar Barcelona di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media