--> Skip to main content

4 Gergasi England Ke Separuh Akhir Piala FA


Saingan Piala FA di England kini telah memasuki peringkat separuh akhir di mana 4 kelab gergasi telah mengesahkan tempat mereka iaitu Manchester City, Arsenal, Manchester United dan Chelsea. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung di Stadium Wembley pada 18 dan 19 Julai ini.


Terdahulu perlawanan suku akhir yang telah berlangsung awal pagi tadi menyaksikan Manchester City menewaskan Newcastle United 2-0 hasil jaringan dari Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling. Selain itu, Jaringan Ross Barkley memastikan Chelsea menang tipis 1-0 ke atas Leicester City.


Manakala 2 lagi perlawanan menyaksikan Arsenal menewaskan Sheffield United 2-1 di Stadium Emirates dan Manchester United menumbangkan Norwich City 2-1 hasil jaringan lewat dari Harry Maguire. Ini peluang terbaik untuk 4 kelab ini mendapat kejuaraan Piala FA selepas Trofi Liga Perdana Inggeris menjadi milik Liverpool.

OHMEDIA: NAMPAKNYA SAINGAN 4 PENJURU INI TANPA KELIBAT  JUARA LIGA, LIVERPOOL

Kredit: SemuanyaBOLA

+ Baca respon pembaca 4 gergasi England ke separuh akhir Piala FA di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 29 June 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...