Setelah selama tiga bulan kota Mekah ditutup untuk melakukan ibadah akibat pandemik, akhir kerajaan Arab Saudi merancang untuk membuka semula masjid kota suci Umat Islam berkenaan Ahad ini seperti yang dlaporkan oleh stesen tv tempatan negara itu.
Bagi mengekang berlakunya penularan wabak pandemik di kota itu nanti, kerajaan Arab Saudi telah mengambil pelbagai langkah memandangkan jumlah kes baru dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini. Lebih kurang 1,500 buah masjid sedang bersiap sedia untuk menerima pengunjung.
Dipetik dari Berita Harian, keputusan mengenai pembukaan semula ini dibuat beberapa minggu sebelum berlangsungnya ibadat haji dan ziarah tahunan ke Mekah. Meskipun ibadat haji akan bemula pada akhir bulan Julai, namun tiada maklumat rasmi mengenai status haji berkenaan.
Sumber gambar dari Google |
OHMEDIA: SEMOGA INI MENJADI BERITA BAIK KEPADA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA MESKIPUN TIADA MAKLUMAT RASMI YANG MENYATAKAN KEBENARAN MENGERJAKAN HAJI.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Arab Saudi rancang buka semula masjid koa suci di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media