Bekas Miss Universe Malaysia Dilabel 'Racist', Ramai Mahu Dia Dilucutkan!


Kerana mulut, badan binasa! Begitulah peribahasa yang sesuai untuk bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James ketika ini. Mana taknya, dia telah mencetuskan kemarahan orang ramai disebabkan membuat satu kenyataan yang berunsur 'racist'.

Menerusi laman Instagram Samantha, dia memuatnaik satu posting untuk berkongsi pendapat mengenai tragedi terhadap seorang warga Amerika Syarikat, George Floyd yang meninggal dunia sehingga menyebabkan kesukaran bernafas akibat lehernya ditekan dengan lutut anggota polis.

To the black people. Relax, take it as a challenge, makes you stronger. You chose to be born as a 'coloured' person in America for a reason. To learn a certain lesson. Accept it as it is, till now hunger and poverty still exists. It is what it is. It's inevitable. Best you can do is remain calm, protect heart, don't allow it to crumble. That's your responsibility. Ofcourse this is to the ones who understand this level and state of mind. Not for everyone. Everyone grows at a different rate. -kata Samantha Katie James


Walaubagaimanapun, dia dikecam hebat dengan warganet sehingga namanya menjadi trending di laman Twitter. Terdapat segelintir orang juga mahu gelarannya dilucutkan. Kalau korang nak tahu, maklumat dirinya dekat web Wikipedia pun ditukar gara-gara dia bersikap perkauman.


Fuh! Hebat betul kuasa netizen ni bila Miss Universe Malaysia 2017 yang berasal dari Klang tu bertindak sedemikian. Jadi, Ohmedia cuma nak pesan sebelum buat sesuatu, kena fikir terlebih dahulu. Tak pasal-pasal dah kena kecam!

OHMEDIA: SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG!

Kredit: Instagram | Twitter

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.







Sumber: Oh! Media