Penyerang Jerman, Timo Werner yang kini merupakan ayam tambatan RB Leipzig di saingan Bundesliga menjadi tumpuan dua kelab gergasi England iaitu Chelsea dan Liverpool yang ingin mendapatkan khidmat beliau untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Werner yang kini berusia 24 tahun telah menjaringan 31 gol untuk Leipzig yang kini sedang menghuni tangga ketiga Bundesliga. Chelsea dan Liverpol perlu membayar klausa pelepasan bernilai £53 juta pound (RM285.61 juta) yang diminta Leipzig untuk melepaskan pemain tersebut.
Untuk pengetahuan korang, Klausa pelepasan Werner akan tamat pada 15 Jun dan Chelsea dikatakan semakin hampir untuk menandatangani bealiu dan membawanya ke Stamford Bridge. Chelsea yang sebelum ini telah mendapatkan Hakim Ziyech pasti akan cuba untuk membawa beberapa lagi pemain untuk memperkuatkan pasukan sebelum saingan Liga Perdana Inggeris bermula.
OHMEDIA: CHELSEA PASTI INGIN KEMBALI KE PUNCAK DI MANA KALI TERAKHIR MEREKA MENJADI JUARA LIGA PERDANA INGGERIS PADA TAHUN 2017
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Chelsea dan Liverpool bersaing untuk dapatkan Werner di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media